Barcelona

Liverpool tuntut RM1.01 bilion untuk Coutinho — Barcelona

Liverpool tuntut RM1.01 bilion untuk Coutinho -- Barcelona

Liverpool menuntut €200 juta (RM1.01 bilion) untuk Philippe Coutinho ketika Barcelona membuat bidaan terhadap penyerang Brazil itu pada hari terakhir jendela perpindahan pemain kelmarin, kata pengarah Barca, Albert Soler.

Barca telah menjadikan Coutinho salah satu sasaran utamanya selepas Paris Saint-Germain (PSG) menebus klausa pelepasan Neymar yang bernilai €222 juta (RM1.12 bilion) untuk memancing penyerang itu meninggalkan kelab gergasi Catalan itu.

Tetapi Liverpool menolak satu siri bidaan di sebalik Coutinho dilaporkan telah membuat permintaan untuk berpindah untuk mendesak perpindahannya ke Nou Camp.





Coutinho tidak beraksi untuk Liverpool setakat musim baru ini gara-gara kecederaan dan gangguan kesihatan tetapi dia masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol buat Brazil dalam kemenangan ke atas Ecuador dalam kempen kelayakan Piala Dunia kelmarin.

Barcelona kemudian membuat satu bidaan lewat untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun itu sebelum jendela perpindahan ditutup, hanya untuk Liverpool membuat tuntutan €200 juta (RM1.01 bilion).

“Selepas rundingan selama berminggu-minggu, Liverpool semalam menuntut €200 juta untuk pemain itu,” Soler memberitahu satu siding media hari ini. “Kami tidak akan meletakkan kelab dalam keadaan berisiko.

“Kami sentiasa mengutamakan misi untuk tidak meletakkan warisan dan kebolehhidupan kelab ini, yang dimiliki oleh ahli-ahlinya, kepada sebarang risiko.

“Hakikat bahawa PSG membayar €222 juta (untuk Neymar) membuat semua orang tahu bahawa kelab ini berduit. Apabila anda memasuki pasaran perpindahan dan kelab-kelab tahu anda memiliki banyak wang, tuntutan yang dibuat adalah terlalu mahal.”

0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!