FA Cup

Undian Piala FA Pusingan Ke-5: Ulangan Final Piala FA 2013 Buat City

LONDON: Manchester City berpeluang membalas dendam kekalahan mengejut mereka kepada Wigan Athletic pada final Piala FA Inggeris 2013 selepas kedua-dua pasukan diundi pada pusingan kelima.



Wigan, yang kini mendahului divisyen tiga Liga Satu, muncul pasukan pertama yang memenangi Piala FA kemudian turun divisyen pada musim sama apabila mereka mengalahkan City 1-0 pada final 2013.

Mereka kemudian tumpas 1-4 kepada Arsenal tiga hari kemudian, kekalahan yang menyebabkan mereka tersungkur ke divisyen dua Liga Kejuaraan.




Mereka mengalahkan City sekali lagi dalam Piala FA pada musim berikutnya, menang 2-1 pada suku akhir di Stadium Etihad dan hanya dinafikan tempat ke final kedua berturut-turut oleh Arsenal menerusi penentuan penalti.

Huddersfield berpeluang mengulangi kemenangan Liga Perdana Inggeris ke atas Manchester United di Stadium Kirkless jika mereka mengatasi Birmingham City pada aksi ulangan pusingan keempat.

Sementara itu, pertembungan musuh setempat London antara kelab Liga Kejuaraan, Millwall dan Tottenham Hotspur akan menjadi kenyataan jika mereka menang aksi ulangan masing-masing.




Keputusan undian seperti berikut:

Sheffield Wednesday vs. Notts County atau Swansea
West Brom vs. Southampton
Chelsea vs. Hull
Leicester vs. Sheffield United
Huddersfield atau Birmingham vs. Manchester United
Millwall atau Rochdale vs. Newport atau Tottenham
Brighton vs. Coventry
Wigan vs. Manchester City



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!