Francesco Totti

Francesco Totti Terima Anugerah Laureus

Image result for Laureus totti

Legenda Roma, Francesco Totti, dinobat dengan penghargaan Anugerah Luar Biasa yang mengiktiraf kariernya dalam Majlis Anugerah Laureus.



Totti, 41, bersara pada Mei tahun lalu bagi menamatkan tugas bermain selama 25 tahun dengan kelab zaman remajanya itu dan menjadi ahli sukan kedua menerima hadiah Laureus selepas perenang Amerika Syarikat — dan Olimpian paling menonjol sepanjang zaman — Michael Phelps.

Bekas penyerang Itali itu juga disenaraikan dalam Akademi Laureus bersama bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs, sebagai sebahagian daripada gala tahunan amal antarabangsa di Monaco.

Totti membuat kemunculan pertamanya di Roma ketika berusia 16 tahun dan kemudian mewakili skuad Giallorossi itu sebanyak 786 kali, memenangi Serie A pada 2000-01 dan membantu negaranya meraih kejayaan dalam Piala Dunia 2006.




Dia kini menjadi pengarah di Roma, yang bermakna dia akan membantu jurulatih, Eusebio Di Francesco, untuk merangsang kebangkitan selepas tewas 2-0 di tangan AC Milan yang menyebabkan kelab itu terkeluar daripada kelompok empat teratas Serie A.

“Sebagai sebuah kelab, kami sangat percaya kepadanya,” kata Totti kepada laman web rasmi Roma.




“Setiap musim ada turun dan naik — di Roma terutamanya, masalah ini boleh timbul ketika kita tidak dapat menjangkakannya.

“Setiap kali tewas, ia adalah masa yang sukar tetapi saya tidak fikir dia bimbang. Kami semua berada di belakangnya dan memberikan segala-galanya dalam usaha mencari semula prestasi terbaik.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!