Bayern Munich

Perang belum tamat buat Bayern Munich

Related image

BERLIN 30 April – Franck Ribery melancarkan serangan psikologi terhadap Real Madrid apabila menegaskan, dia mahu merobek gawang skuad kendalian Zinedine Zidane itu dengan rakus dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara esok.



Berdepan Real di Santiago Bernabeu pasti memberi ke­lebihan kepada pihak lawan, tambahan pula Bayern tewas 1-2 dalam separuh akhir pertama di laman sendiri minggu lalu.

“Kami sudah kalah dalam perlawanan itu, namun pe­perangan belum berakhir. Kami akan mendapat pelu­ang di Madrid,” kata pemain tengah Perancis itu di Twitter.

Pemain berusia 35 tahun itu antara bintang Bayern yang menyinar ketika mereka dikecewakan di Allianz Arena.

Kesilapan pertahanan Ba­yern membenarkan pemain gantian Real, Marco Asensio menjaringkan gol kemena­ngan.

Ribery bermain baik dalam perlawanan itu, malah kerap mengucar-kacirkan sayap kiri dan kanan Real.




Dia juga memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol selepas berdepan situasi satu-satu dengan penjaga gol, Keylor Navas.

“Kami akan beri segala-galanya,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Zidane berjanji kepada penyokong Real mereka tidak akan mengula­ngi insiden suku akhir menentang Juventus dengan memberikan persembahan terbaik untuk mencari tiket final.

Selepas menang 3-0 dalam suku akhir pertama di Turin, skuad Los Blancos membenarkan Juventus bangkit mendahului 3-0 di Madrid sebelum sepakan penalti Cristiano Ronaldo pada waktu kecederaan menyelamatkan mereka.




“Kami akan memberi persembahan paling mantap, sebaik yang mungkin. Ini ibarat pertarungan terhebat tahun ini.

“Saya boleh beri jaminan kepada anda, mereka (Ba­yern) tidak akan menerima laluan mudah.

“Saya beritahu pemain, bermainlah seolah-olah mereka tidak pernah melakar sejarah kerana kami perlu tiket perlawanan akhir,” katanya kepada pemberita. – AGENSI



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!