Champions League

Liverpool ke final Liga Juara-Juara

Liverpool players celebrate in front of their ecstatic travelling fans after qualifying for the Champions League final in Rome

ROM 3 Mei – Liverpool terselamat daripada menjadi mangsa kebangkitan Roma apabila melangkah ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun sebentar tadi.



Walaupun tewas 4-2 dalam separuh akhir kedua, namun Reds meneruskan kemaraan menerusi agregat 7-6.

Liverpool yang bakal beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali kelapan kini akan berdepan juara 12 kali, Real Madrid dalam final di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev pada 26 Mei.

Selepas menang besar 5-2 di Anfield, minggu lalu, Sadio Mane memberi kelebihan kepada Reds apabila meletakkan pelawat di depan seawal minit kesembilan.




Wijnaldum (No 5) is left with a simple header after a failed clearance from a corner sees the ball fall to him in the six-yard box

Bagaimanapun, gol sendiri James Milner pada minit ke-15 memberi sedikit harapan kepada Roma untuk kedudukan 1-1.

Tandukan pemain tengah, Georginio Wijnaldum pada minit ke-25 kembali memberi keselesaan kepada Liverpool.




Begitupun, Roma mula mempamer kebangkitan hebat pada babak kedua apabila menambah tiga gol menerusi Edin Dzeko serta dua jaringan Radja Nainggolan pada minit ke-86 dan penalti waktu kecederaan.

Namun begitu, kebangkitan yang dilakukan Roma sudah terlalu lewat untuk menghalang Liverpool, yang kini memasang misi memburu kejuaraan Eropah keenam. – AGENSI



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!