La Liga

Lionel Messi tiada saingan di La Liga

Related image

MADRID: Lionel Messi meneruskan aksi luar biasa ketika dua jaringannya termasuk menerusi sepakan percuma menjulang Barcelona mengatasi Espanyol 2-0 sekali gus mengekalkan status selaku pendahulu La Liga.



Walaupun pelawat berjaya memberi saingan kepada tuan rumah di Camp Nou, Messi jelas memiliki sentuhan hebat untuk memastikan Barcelona berkelebihan 10 mata ke atas Atletico Madrid yang meraih kemenangan 4-0 ke atas Alaves.

Messi kini sudah merekodkan lapan jaringan dalam empat perlawanan terakhir Barcelona untuk mendahului carta penjaring terbanyak dengan 31 gol, lebih 13 gol ke atas Luis Suarez di tempat kedua.

“Saya tiada kata-kata apabila dia menjaringkan gol sepakan percuma seperti itu,” kata pengendali Barcelona, Ernesto Valverde.




“Saya boleh katakan yang kami sudah rancang tetapi segalanya terpulang kepadanya. Dia tidak memerlukan pendapat saya dan dia berjaya menjaringkan gol.”

Bintang Argentina itu merekodkan penampilan yang ke-675 bersama Barcelona dengan gaya tersendiri, memintas Andres Iniesta di kedudukan kedua pemain paling banyak beraksi bersama kelab itu, ketinggalan 102 penampilan berbanding Xavi Hernandez.

Walaupun baru pulang daripada tugasan antarabangsa dengan keputusan kurang baik ekoran kekalahan Argentina kepada Venezuela, Valverde jelas gembira ianya langsung tidak menjejaskan persembahan Messi.

“Tidak kira pasukan mana yang dia bermain, Messi tetap pemain yang sama. Dia juga pemain yang sama sekiranya dia bermain di Australia.

Kami gembira untuk memilikinya dan sesuatu yang berharga buat saya untuk melatihnya,” katanya. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!