La Liga

Benzema selamatkan Real Madrid

MADRID: Karim Benzema menyelamatkan musim Real Madrid daripada menjadi lebih buruk awal pagi tadi selepas meledak gol minit akhir untuk juara Eropah itu menang tipis 3-2 mengatasi pasukan bawah liga, Huesca.



Dikejutkan Ajax dalam Liga Juara-Juara dan tersingkir daripada Copa Del Rey di tangan pencabar utama, Barca, Real yang berkedudukan ketiga tidak menunjukkan peningkatan pada perlawanan kedua di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Namun Benzema, yang dikhabarkan akan meninggalkan kelab itu untuk ke Manchester United, meledak untuk mencuri tiga mata di Santiago Bernabeu.

“Kami gembira dengannya dan saya berharap padanya, kini ada baki sembilan perlawanan dan selepas itu kita lihat apa yang akan terjadi. Dia ialah pemain Real Madrid dan saya tidak rasa ini akan berubah,” kata Zidane.

“Anda perlu menerimanya. Orang mahu datang ke Bernabeu untuk melihat kami bermain jauh lebih baik, tetapi saya faham kerana kami tidak akan menang apa-apa, tak ramai yang datang.”

Real kini empat mata di belakang pasukan tangga kedua, Atletico Madrid, yang menewaskan pencabar ke Liga Juara-Juara Alaves 4-0 semalam dalam perlawanan yang menyaksikan Diego Costa menjaringkan gol pertama sejak November.

Bagaimanapun Real masih 12 mata di belakang pendahulu Barcelona, yang berkelebihan 10 mata di depan Atletico dan pasukan pilihan untuk mengekalkan gelaran La Liga selepas Lionel Messi meledak bagi memberi kemenangan keenam mereka dalam liga, 2-0 di leman sendiri berdepan Espanyol semalam. – AFP




0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!