La Liga

Pemain Real Madrid kurang motivasi

Portugal international fired Valencia into the lead in the 35th minute with a thumping shot

MADRID 4 April – Zinedine Zidane kecewa pemainnya kurang motivasi ketika Real Madrid kalah mengejut 1-2 kepada Valencia dalam aksi La Liga, hari ini.



Jaringan Goncalo Guedes dan Ezequiel Garay membolehkan Valencia mendahului 2-0 sebelum Karim Benzema menanduk gol saguhati pada waktu kecederaan.

Ini kekalahan pertama Real sejak kembali diambil alih oleh Zidane. Skuad Los Blancos sebelum itu menang dalam dua aksi terdahulu.

“Kami akan cuba menamatkan musim pada kedudukan sebaik mungkin.

“Sejujurnya, pemain mungkin kurang motivasi dalam beberapa perlawanan terakhir kerana sedar mereka sudah tiada trofi untuk dikejar.

“Begitupun, pemain-pemain ini sangat profesional dan apabila mereka menyarung jersi pasukan, mereka tahu apa yang patut dilakukan,” kata Zidane.

Real sudahpun tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan copa del Rey, malah ditinggalkan 13 mata di belakang pendahulu, Barcelona dalam saingan La Liga. – AGENSI



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!