La Liga

VIDEO Real Madrid hilang rentak

MADRID: Gol Karim Benzema menyelamatkan Real Madrid untuk seri 1-1 menentang Leganes dan kekal 13 mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona dengan jurang 13 mata.

Leganes membuka jaringan menerusi Jonathan Silva sejurus sebelum rehat dan walaupun Benzema meledak gol ke-26 dirinya musim ini, Madrid kelihatan seperti tidak mampu mencipta kemenangan.



“Kelihatan seperti kami tidak mempunyai keyakinan yang tinggi,” kata Zinedine Zidane yang setakat ini hanya merakam tiga kemenangan, satu kalah dan satu seri dalam tempoh keduanya sebagai pengendali Madrid.

“Kami sepatutnya memberikan lebih lagi.”

Peluang untuk Madrid menamatkan musim di tangga kedua juga semakin pudar dengan seteru tetangga, Atletico Madrid mendahului dengan kelebihan empat mata. Leganes melonjak ke tangga ke-11.

Biasanya aksi La Liga pada Isnin dikhaskan untuk pasukan kelompok bawah yang tidak terbabit dengan kejohanan Eropah dan ternyata Real memenuhi reputasi berkenaan.

Benzema sebaliknya, antara pemain Real yang paling konsisten musim ini dan membuktikan kepada Zidane yang dia perlu kekal di dalam skuad. Gareth Bale pula sekadar memanaskan bangku simpanan buat kali kedua dalam tiga perlawanan. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!