La Liga

Messi bantu Barcaelona julang gelaran Liga

BARCELONA: Selepas meledak jaringan tunggal dalam perlawanan menentang Levante yang membenarkan Barcelona meraih gelaran La Liga buat kali ke-26 awal pagi tadi, Lionel Messi secara tidak langsung mencatat sejarah baharu apabila muncul pemain pertama memenangi 10 gelaran liga bersama kelab berkenaan.



Gelaran pertama Messi di bawah Barca hadir pada 2005 ketika dia berusia 17 tahun dan sekali lagi meraih pingat La Liga buat kali keduanya tahun berikutnya.

Messi muncul sebagai pemain tonggak untuk baki lapan gelaran selepas itu, tatkala pemain Barca meraikan kejuaraan dengan memakai baju dengan slogan ‘Lapan daripada 11, yang luar biasa seakan normal’.

Sebelum Messi hadir dan menjadi pencetus semangat pasukan yang dikendalikan Pep Guardiola ketika dinobatkan gelaran pada 2009, Real Madrid sudah meraih 31 gelaran manakala Barca 18.

Berterima kasih kepada Messi, yang menjaringkan gol ke-597 La Liga bagi menjamin gelaran berkenaan ketika menentang Levante, dan kini Barca sudah meraih trofi ke-26 liga dan menghampiri rekod Real Madrid, 33.

“Messi adalah nadi kepada kejayaan kami,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. “Sangat jelas yang dia apabila berada bersama Barca, kelab sudah meraih banyak trofi dan gelaran liga.

“Sekiranya saya perlu menyenaraikan nama sudah tentunya dia menjadi pilihan utama. Dia menjadi tanda kepada gaya kami dan cara kompetitifnya mendorong kepada yang lain.”




Messi yang diangkat sebagai kapten kelab pada awal musim ini, mengatasi pemegang rekod kelab Andres Iniesta dengan sembilan gelaran liga dan kini menyertai senarai pemain yang sudah menjulang 10 gelaran bersama satu kelab dalam saingan lima terbaik liga di Eropah.

Bekas pemain sayap Real Madrid, Paco Gento memenang rekod di Sepanyol dengan 12 gelaran liga manakala rakan sepasukannya Pirri pernah menjulang 10 trofi La Liga.

Legenda Manchester United, Ryan Giggs memegang rekod terbanyak di saingan liga lima terbaik di Eropah dengan 13 gelaran Liga Perdana Inggeris manakala rakan sepasukannya Paul Scholes, 11.

“Messi adalah yang terbaik di dunia,” kata presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.

“Hari ini, jaringannya hadir agak lewat tetapi apabila dia menemuinya, pastinya akan ada sesuatu yang berlaku. Dia seorang ketua dan mempunyai magis.” – Reuters



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!