Chelsea

Cech kembali ke Chelsea selepas bersara

LONDON: Penjaga gol Arsenal, Petr Cech akan kembali ke bekas kelabnya, Chelsea selaku pengarah sukan apabila dia bersara selepas kedua-dua pasukan bertemu pada final Liga Europa bulan ini, lapor Sky Sports News dan media British lain hari ini.



Chelsea tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.

Bekas pemain Republik Czech berusia 37 tahun itu yang sudah mengumpul 124 kaps, menghabiskan 11 musim di Stamford Bridge, menang Liga Juara-Juara dan Liga Europa, empat gelaran Liga Perdana, empat Piala FA dan tiga Piala Liga sebelum berhijrah ke Arsenal pada 2015.




Cech sebelum ini mengumumkan bahawa dia akan bersara pada penamat musim.

Arsenal berdepan pencabar dari London, Chelsea pada final Piala Europa dekat Baku, Azerbaijan pada 29 Mei. – Reuters



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!