EPL

Ozil tak layak dalam skuad Arsenal – Emery

PENGURUS Arsenal, Unai Emery mendakwa beberapa pemain lain lebih layak berbanding Mesut Ozil, demikian penjelasannya mengapa pemain itu tidak dimasukan dalam pasukan.



Bintang kelahiran Jerman itu merupakan pemain The Gunners yang menerima bayaran paling tinggi tetapi hanya membuat satu kemunculan dalam semua perlawanan musim ini.

Dia dikeluarkan daripada skuad sepenuhnya semasa kemenangan mereka terhadap Standard Liege dalam perlawanan Liga Europa.




Dalam perlawanan pada Khamis malam, Arsenal menang besar dengan 4.0.

Emery berkata: “Saya berfikir setiap kali untuk memutuskan pemain terbaik bagi setiap perlawanan dan pemain terbaik dalam skuad akan bermain dan membantu kita.

“Bila saya putuskan dia tidak berada dalam skuad, ia kerana saya fikir pemain lain lebih layak,” tambahnya. – Mirror UK



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!