EPL

Tawar hati dengan Spurs, Pochettino Bakal ke Man United?

LONDON 3 Okt. – Pemain Tottenham bimbang akan kehilangan pengurus, Mauricio Pochettino yang dikatakan mencari jalan keluar untuk meninggalkan kelab utara London itu.


Sumber memberitahu media Britain, Sportsmail bahawa pengurus dari Argentina itu jarang kelihatan di pusat latihan kelab sejak kembali bertugas selepas cuti musim panas.

Selepas dimalukan dengan kekalahan 7-2 oleh Bayern Munich – kali pertam Spurs boleh tujuh kali di laman sendiri, Pochettino menegaskan penting untuk kelabnya kekal bersama. Bagaimanapun, ‘mood’ Pochettino mendorong pemainnya berasakan pengurus mereka mempunyai masalah dengan masa depannya bersama pasukan.




Pochettino mempunyai hubungan yang baik bersama pasukan namun sumber memberitahu pengurus jarang kelihatan di padang latihan malah hanya melihat latihan pasukan dari jauh.

Dia tidak perlu bimbang untuk kehilangan pekerjaannya meskipun bermula dengan hambar pada musim kerana Spurs perlu membayar 32 juta pound (RM164 juta) jika mahu memecatnya. –

Terdahulu Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan Pochettino yang bernilai 32juta pound itu. Ini merupakan waktu yang sesuai buat United kerana Soljaer dan Pochettino sedang bergelut dengan prestasi bersama kelab masing-masing.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!